"Belum siap lagi sir"
"Malas saya buat sir"
"Saya malas datang,mama yang paksa"
"Penat belajar sir"
Itulah antara ungkapan-ungkapan yang kedengaran dari mulut murid atau pelajar zaman sekarang. Pada era globalisasi ini,sikap dan perangai mereka jua turut berubah. Mengapa saya berkata demikian? Pada zaman saya,perasan takut dan hormat itu terlalu tinggi kepada cikgu-cikgu yang mencurahkan ilmu ketika itu. Memberi salam,tidak menninggi diri,bercakap sopan,dan pelbagai lagi.
Tetapi apa yang kelihatan sekarang,murid-murid sudah hilang rasa hormat dengan guru. Meletak kaki di atas meja,tidak mendengar arahan cikgu,menjeling cikgu,dan pelbagai lagi karenah murid zaman sekarang. Mengapa semua ini terjadi? Pembawaan di rumah dan sikap murid itu sendiri antara faktor mengapa itu terjadi.
Saya ingin membandingkan seorang budak tadika yang sudah mula tuisyen,dan seorang pelajar tingkatan 2 yang juga tuisyen. Budak tadika ini dipelihara oleh neneknya yang hanya menjual kuih. Mungkin kerana kesusahan yang mereka alami menyebabkan nenek itu mendidik cucunya betapa pentingnya ilmu dan saya terkejut seawal 6 tahun budak itu sudah lancar membaca. Berbanding seorang pelajar tingkatan 2 itu dimana dia lahir dari golongan usahawan tetapi minda tidak sehebat keturunannya. Sifir tidak hafal,membaca kurang lancar,dan keadaan itu sangatlah merbahaya. Mungkin dia tidak risau kerana beranggapan untuk apa belajar kerana dia akan di pelihara oleh keluarganya yang kaya itu.
Saya bandingkan satu la pelajar tingkatan 1 dan seorang pelajar tingkatan 5. Pelajar tingkatan 1 itu anak orang kaya tetapi sikap hormatnya sangat tinggi,dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Pelajar tingkatan 5 itu pula hanyalah anak buruh kasar,tetapi selalu ponteng kelas,dan tanpa segan silu merokok dihadapan guru.
Apa yang saya ingin tekankan disini ialah faktor dan sikap pelajar itu datangnya dari pelajar itu sendiri,bukan faktor pendapatan keluarga. Seorang buruh yang "kais pagi makan pagi,kais malam makan malam" itu sanggup menghantar anaknya ke pusat tuisyen semata-mata mahu meliht anaknya tidak senasib sepertinya. Tetapi anaknya itu tidak terfikir betapa susah ibu bapa mencari wang.
Zaman persekolahan adalah zaman yang paling seronok. Pelbagai gelagat yang boleh kita lihat,atau dirasa sendiri. Cinta,samseng,vandalisme,ponteng,dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti itu semuanya datang di usia persekolahan. Apakah semua ini akan berlarutan? Sedarlah pelajar zaman sekarang,zaman persekolahan hanya bayangan kerana erti hidup yang sebenar adalah selepas SPM.
Keluarnya keputusan SPM akan menentukan arah tuju dan haluan seseorang pelajar. Pelajar yang baik akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tajaan JPA, peringkat Matrikulasi, Asasi,diploma,mahupun STPM. Tetapi apa terjadi bagi mereka yang bermasalah ketika di sekolah? Mereka hanya mampu melanjutkan ke pusat-pusat latihan,dan selebihnya berhenti belajar dan mula mencari pendapatan sendiri. Pada ketika itulah mereka yang bermasalah ini akan menyesal. Melihat kawan-kawan mereka menjejak kaki di menara gading.
"Mereka belajar tinggi,masuk universiti,tapi keluar menganggur juga tu"
Itu ungkapan mereka. Benarkah pelajar keluaran universiti banyak menganggur? Memang betul tapi itu kerana kurang kemahiran berkomunikasi,sikap malas,tidak pandai mengaplikasikan apa yang dipelajarinya selama ini. Tetapi lebih baik membawa segelung ijazah mencari pekerjaan berbanding hanya berbekalkan sijil pmr dan spm.
Motivasi yang panjar lebar tidak akan mampu mengubah seseorang yang keras kepala. Mampukah pakar motivasi dan alim ulamak menasihatkan syaitan dan iblis kembali ke jalan Allah? Mustahil. Mereka perlu berubah sendiri. Allah tidak akan membantu mereka yang tidak berusaha,berdoa panjang lebar tanpa tindakan susulan.
SAYA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!
Bersemangatlah. Seperti yang dilaungkan Tun Dr. Mahathir, dan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Insyallah berkat usaha dan rezeki,pelajar yang bermasalah ini boleh menjadi seorang pemimpin,usahawan,peniaga,dan sebagainya. Jangan jadikan diri sendiri peminta sedekah,fakir miskin,atau penghuni hotel besi.
Terima kasih.


No comments:
Post a Comment